Tuesday, May 10, 2011

mutiara kata

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud :

" Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya"
- riwayat Ahmad -

huraian :

- istiqomah adalah teguh di atas jalan yg lurus yg mbwa keredhaan
- dasar istiqomah adalah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. apabila hati telah beristiqomah kpd ALLAH dlm erti kata takut, cinta, tawakal dan mengagungkan ALLAH , maka seluruh anggota tubuh akan taat padanya. hal ini berlaku kerana hati ialah raja kpd badan manakala anggota badan adalah rakyatnya.
- anggota terpenting selepas hati msti diberi phatian agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan yg menggambarkan pmikiran seseorg

No comments:

Post a Comment