Thursday, November 12, 2009

KAEDAH KOPERATIF
Definisi : Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya
Ciri-ciri penting
1.Dalam pendekatan koperatif, sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja.
2.Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut
3. Dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan pelajar
4. Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat
5. Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai
6. Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif
3.2 PENDEKATAN KOLABORATIF
Definisi
Pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan
Ciri-ciri Penting
1. Dalam pembelajaran kolaboratif, pelajar-pelajar akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang sesama mereka, dan menyelesaikan masalah bersama
2. Kriteria asas dalam pendekatan kolaboratif
a) kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadi
b) perlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban masa bagi merancang, menilai dan membuat refleksi
c) saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai prestasi akademik yang baik

PENDEKATAN KUMPULAN
Definisi :Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi kemasyarakatan dan dinamik kumpulan
Ciri-ciri penting
1. Aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik
2. Tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan
3. Penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan
4. Kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawab
5. Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk
6. Kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar, mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah secara koperatif

PENDEKATAN INDIVIDU
Definisi : Satu cara atau program pengajaran yang mengambil kira perbezaan individu setiap pelajar
Ciri-ciri Pendekatan Individu
1.Pengajaran berdasarkan kebolehan dan kemampuan seorang pelajar
2. Penilaian berkala memberi maklumbalas kepada pelajar mengenai penguasaan kemahiran dan pengetahuannya
3. Pelajar mempunyai peluang untuk memilih matlamat pembelajaran, hasilan dan aktiviti-aktiviti
4. Kurang sesuai untuk pelajar sekolah rendah atau pelajar lembap yang memerlukan motivasi dan dorongan daripada pengajaran aktif guru
KAEDAH PEMUDAHCARAAN
Definisi : Kaedah yang kurang menitikberatkan peranan guru dan lebih menitikberatkan peranan murid. Sangat berkesan dalam sekolah bestari diamana guru memainakan peranan sebagai “guide” dalam proses pembelajaran
Ciri-ciri Penting
1. Guru menggalak murid supaya aktif dalam proses pembelajaran dengan memberi arahan dan panduan yang jelas
2. Guru hanya memberi bimbingan tetapi murid yang menyelesaikan masalah dalam bilik darjah
3. Guru memberi penekenan kepada murid untuk membina pengetahuan mereka sendiri
4. Peranan guru adalah lebih sebagai pemerhati dan pendorong dalam proses pengajaran dan pembelajaran
5. Ia juga akan menggalakkan proses interaksi dikalangan murid supaya dapat mencetus idea dan jawapan yang betul kepada penyelesaian masalah
6. Peranan guru juga ialah untuk menyediakan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran bagi merangsang pembelajaran pelajar

No comments:

Post a Comment