Monday, April 26, 2010

SAHABAT

Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...

LOVE

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai

Saturday, December 19, 2009

wanita

1.Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh
mana ia dapat menahan (menjaga) malunya,
sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak
sejauh mana ia dapat menahan (menjaga)
marahnya.

2.Orang yang membujang adalah orang yang
belum menemukan penghibur duka dan dia baru
memperolehinya dengan berkahwin.

3.Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan
hidup dengan menghilangkan sebahagian
kemerdekaannya.

4.Wanita menghadapi banyak permasalahan
sebahagian diatasi dengan berkhawin dan
sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke
liang kubur.

5.Mata yang paling indah tetapi juga harus
diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6.Jangan menyalahkan perasaan isteri anda
kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia
menerima anda sebagai suami.

7.Perawan tua ialah wanita yang kehilangan
kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8.Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini
hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah
memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9.Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan
suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10.Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa
dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan
perilakunya.

11.Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawapan
dan sesudah khawin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12.Barangsiapa mengawini wanita kerana
hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13.Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki.
Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14.Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam
menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang
menyebabkan dia menangis.

15.Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis
apabila ia menginginkan sesuatu.

16.Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia
tidak mampu menjadikan suaminya teman yang
termulia.

17.Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan
membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18.Wanita selalu tergolong manusia halus dan
lembut sampai saat dia berkhawin.

19.Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia
tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20.Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta,
sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21.Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22.Seorang wanita yang bijaksana menambahkan
gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga
suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan
suaminya.

23.Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di
dunia, sebab mengharuskan pemberinya
mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24.Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat
cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat
lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25.Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah
jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26.Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua
lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang
suami.

27.Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara
dan perempuan mendengarkan. Pada saat
perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin
lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami
dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga
mendengarkan.

28.Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun
wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga
mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri
dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29.Wanita pada umumnya takut akan tiga hal tikus,
munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang
menjadi saingannya.

30.Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada
suami meringankan setengah beban kehidupan
suaminya.

31.Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila
ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang
mencintainya.

Sunday, November 15, 2009

quote frm uncle muhaimi

ego comes wit ur knowledge...

when it high, other also high..

the only 2 cntrol is ur rohaniah.

rohani comes wit ur muhasabah...


tq uncle...xpnh lpa kata2 uncle nie..hrp dpt contct lg ngan uncle...

byk2 kate uncle bg smgat kt n

bola sepak di bukit jalil..

AMPANG, November 09, 2009 - Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut.
Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan. Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh.
Penonton yang kebanyakannya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang.
Suasana yang tenang pada mulanya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat. Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak nampak saja apa yang berlaku diluar sana.
Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada didalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya di anak tiri dalam segala hal.
Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos. Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas. Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah “turning point” kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan RELA, membawa segala-galanya.
Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini? Pintu akhirnya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium.
Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA.
Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalaulah “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan RELA akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air.
Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini.
Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain. Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA.
Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah.
Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop. Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya.
Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan. Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut. Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib.
Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA dilihat sentiasa berat sebelah. Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton (peniaga yang bergaduh dengan polis), pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan. Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA.
Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja. Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika meraikan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut. Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa? Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis? Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia?
Kenapa dilihat “in-consistency” berlaku? Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased”kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi. Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras. Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA.
Sekian, terima kasih.
Ir. Azizan Razak, Jurutera Professional,

Friday, November 13, 2009

sEnI DlM pNdDIKAN

1.2 PERKEMBANGAN TEORI PEMBELAJARAN DAN ISU BERKAITAN
1.2.1 PERKEMBANGAN TEORI
Masihkah ingat dengan toeri-teori yang dipelajari dalam Ilmu Pendidikan samaada dalam subjek Murid dan Alam Belajar atau subjek Pendidikan Seni yang menerangkan serba sedikit tentang toeri. Setiap daripada teori itu digunapakai untuk Seni dalam Pendidikan.
a) TEORI KONSTRUKTIVISME
Mengikut pandangan ahli konstruktivisme, manusia belajar secara aktif dengan membina ilmu yang didapati bermakna kepada dirinya (actively construct knowledge that they find personally meaningful).
Aktiviti dan kandungan Seni yang melibatkan warna, bentuk, ruang, muzik, pergerakan dan sebagainya dapat memudahkan kanak-kanak untuk :
 Hubungkait ilmu baru dengan pengetahuan sedia ada diri sendiri.
 Mengatur susun maklumat dan pengetahuan baru.
 Melibatkan diri dalam menghasilkan sesuatu mengenai ilmu baru dengan bentuk ekspresi diri.
 Beri gambaran mengenai pengetahuan baru dengan pelbagai cara dan bentuk.
 Sampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan
 Kukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan.
Kesemua di atas ini akan memudahkan proses kanak-kanak membina ilmu yang bermakna kepada mereka.
Aktiviti dan pendekatan Seni yang melibatkan penerokaan, manipulasi bahan, inkuiri penemuan, penghasilan dan ekspresi, membantu kanak-kanak:
 Bina ilmu baru dan ilmu abstrak dari bahan konkrit
 Buat pemerhatian
 Melibatkan deria mengikut keperluan kanak-kanak.
 Menggunakan imaginasi dan fantasi diri

b) TEORI KECERDASAN PELBAGAI (HOWARD GARDNER)

Teori kecerdasan pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dengan tajuk “seven ways of knowing, perceiving and understanding life”, beliau membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompak yang mempunyai criteria yang istimewa.
Teori ini adalah sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka. Guru juga perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi. Teori ini mengetengahkan otak kanan dan otak kiri sebagai subjek teori pembelajaran.
Teori ini telah menjadi penjanaan kecerdasan serta definisi konsep yang relevan dalam pendidikan hari ini. Ia dirumuskan sebagai ::

 Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar
 Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan, dan
 Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

Jenis-jenis kecerdasan :
a) Verbal linguistic
b) Logic matematik
c) Visual-ruang
d) Kinestatik
e) Muzik
f) Interpersonal
g) Intrapersonal
h) Naturalis

Teori ini penting dalam Seni Pendidikan kerana :
a) Menyokong pembelajaran bersepadu mengikut saranan JERISE selaras dengan FPK
b) Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan yang berbagai.
c) Membentuk kepelbagaian untuk menilai.
d) Wujudkan suasana kolaboratif.
e) Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan inovasi penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
f) Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri
g) Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan seterusnya meningkatkan potensi diri.

Thursday, November 12, 2009

PERGERTIAN 3D

Bentuk terbahagi kepada 2 iaitu bentuk 2 dimensi dan bentuk 3 dimensi. Di sini akan diterangkan mengenai bentuk 3 dimensi. Bentuk seperti yang diketahui adalah mempunyai keluasan, ketinggian, jisim, dan lebih daripada satu permukaan.
Bentuk 3 dimensi adalah suatu benda yang berada dalam bentuk atau keadaan sebenar dan nyata. Contohnya sejenis arca mobail adalah suatu benda yang maujud, yang berada dalam alam nyata bukan ilusi seperti di dalam lukisan atau catan.
Bentuk 3 dimensi mempunyai isipadu dan jisim. Ia mempunyai isipadu yang boleh disukat dengan panjang, lebar dan tinggi. Apabila suatu objek tersebut mempunyai isipadu, maka ianya boleh ditimbang dan disukat beratnya. Jadi objek 3 dimensi yang dihasilkan seperti asemblaj dan stabail mempunyai isipadu dan dan ketumpatan.
Selain itu, bentuk 3 dimensi adalah berbentuk konkrit maka ianya dapat dilihat, dirasa dan disentuh. Contohnya seperti boneka dan diorama yang boleh dipegang dengan pancaindera dan boleh disentuh kerana ianya timbul. Botol air adalah contoh 3 dimensi yang boleh dipegang dan disentuh.