Tuesday, October 11, 2011

Kita sebagai orang Islam tak semua tahu kenapa setiap kali kita solat atau sembahyang kena mengadap kaabah..

fyi...

Kita sebagai orang Islam tak semua tahu kenapa setiap kali kita solat
atau sembahyang kena mengadap kaabah..Dialog di bawah akan menerangkan
dengan jelas persoalan yang terbuku pada sesetengah fikiran umat
Islam..
Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak...
Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?
Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam...
Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu
kotak berwarna hitam? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?
Belum sempat pendakwah menjawab…Handphone N95 Missionary
berbunyi…Missonary menjawab panggilan telefonnya… Pendakwah sabar
menanti…Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia
merenung kepada Pendakwah... Pendakwah tersenyum…
Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?
Pendakwah : Erm…perlukah saya menjawab soalan awak ?
Missionary : Awak tak ada jawapan ?
Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang
awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya
dapati awak kurang siuman...
Missionary : Mengapa awak caka begitu ?
Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan
tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I
love you mom”...
Missionary : Saya bukan cakap seorang diri…Saya bercakap dengan emak
saya… Dia yang telefon saya tadi...
Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak…
Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan
telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan
marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?
Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?...
Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah…Pendakwah mengambi N95
tersebut…Pendakwah membelek-belek N95 tersebut...Pendakwah
menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut
ke muka meja…Lantas…Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut
ke lantai…bersepaiiiiiiiiii....
Merah padam muka Missionary menahan
marah.... Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum...
Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun… Saya pecahkan
handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone...
Missionary : MENGAPA AWAK NI ****H SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah
maju… Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan
teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?
Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum)…Begitu juga halnya dengan
ALLAH S.W.T… Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna
umat Islam menyembah Kaabah… Tetapi umat Islam menyembah atas arahan
ALLAH… ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap
Kaabah… Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah....
Begitu juga dengan awak dan telefon…Emak awak menelefon awak
menggunakan handphone Nokia N95…ini bukan bermakna emak awak ada dalam
N95 tu…Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau
hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak,
barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak
boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone
tu...
Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan
menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli
N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih
kelihatan confuse... Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam
mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya...


Assalamualaikum wbt...

sumber dari MOG 

sedikit ilmu di pagi hari..alhamdulilah

2 comments: