Friday, September 18, 2009

ISL PDAGOGI BM

STRATEGI ,PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
Apakah kaedah pengajaran ?.
Setiap orang guru mesti tahu apakah kaedah hendak digunakan semasa mengajar dalam bilik darjah. Kaedah merupakan prosedur-prosedur mengajar yang terbentuk melalui pendekatan pengajaran yang tertentu .

Teknik pula merupakan cara-cara mengajar yang khusus dalam sesuatu kaedah pengajaran.
Mengajar bahasa merupakan satu amali .Sebagai tugas amali pengajaran

i ) Dengan cara mengikut prosedur yang lengkap tentang tatacara untuk
melaksanakannya .
ii) Dengan cara menggunakan satu set prinsip umum bagi
melaksanakan tugas tersebut.

Oleh itu, Corder ( 1975 ) berpendapat bahawa seseorang guru bahasa yang baik tidak melaksanakan tugasnya berasaskan peraturan –peraturan atau resipi.
Guru tersebut mempunyai satu set prinsip yang dijadikan panduan bagi melaksanakan tugasnya berasaskan peraturan-peraturan..

Dengan perkataan lain, guru tersebut mempunyai pegangan umum tentang apa yang terjadi apabila seseorang pelajar belajar bahasa ataupun guru tersebut mempunyai satu teori tidak formal tentang cara mengajar bahasa .
Dalam pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan pengajaran iaitu :

• Pendekatan Deduktif
• Pendekatan Induktif
• Pendekatan Elektif
• Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Deduktif

Pendekatan pengajaran ini mengutamakan penguasaan undang-undang ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa . Guru –guru yang menggunakan pendekatan ini biasanya memulakan pengajaran bahasa mereka dengan huraian undang-undang bahasa yang hendak diajar sebelum memberi contoh-contoh penggunaannya.
Contohnya ,apabila seseorang guru mengajar ayat tunggal , guru akan memberi takrif ayat tersebut sebelum menunjukkkan contoh-contoh penggunaanya .


Pendekatan Induktif

Pendekatan ini pula mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undang-undang atau peraturan bahasa.Pengajaran dimulakan dengan memberi contoh penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undang-undang bagi unsur tersebut.

Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat , guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.

Pendekatan Eklektif

Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas untuk menghasilkkan satu strategi pengajaran. Misalnya, guru memulakan pengajaran dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajar, ini ditambah dengan contoh-contoh murid-murid. Murid-murid dipandu untuk sampai kepada undang-undang bahasa. Murid-murid kemudiannya didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama .

Sebaliknya guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian memberi contoh-contoh.Contoh-contoh lain didapati oleh murid untuk menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang itu digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir sama.

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan ini mengutamakan kecekaapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan system tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi,kecekapan yang pertama membolehkan seseorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya . Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.
Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru .
Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih.Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru.

No comments:

Post a Comment