Sunday, May 8, 2011

kajian tindakan

DEFINISI KAEDAH PENYELIDIKAN TINDAKAN

            Penyelidikan Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka. Penyelidikan  Tindakan ialah salah satu kaedah penyelidikan yang kini digunakan dengan meluas dalam pendidikan. Kebanyakkan kaedah penyelidikan ini digunakan oleh guru dengan tujuan memperbaiki pengajaran mereka. Kaedah ini juga menggalakan guru memikirkan dengan mendalam tentang pengajaran mereka.Penyelidikan tindakan melibatkan pengumpulan dan pentafsiran data untuk memahami dengan mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran dan berlainan daripada kaedah penyelidikan lain kerana ia bertumpu kepada penyelidik melihat diri sendiri dan mencari jalan memperbaiki pengajaran.
¡     Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
¡     McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.


No comments:

Post a Comment